Wednesday, June 16, 2010

Ulu Bendul

Tempat : Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Tarikh : 12-14 jun 2010
Penasihat : Cikgu Zainal

Seniors : Abu, Falai, Azmie, Azam, Azha, Pika, Arep, Azam Shah, Syafiq, Azfa, Din

Sabtu, 12 Jun 2010 - Lebih kurang pukul 9 pagi kami bertolak dari Shah Alam ke Ulu Bendul selepas semua ahli berkumpul di depan SRAI. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah itu dihidangkan dengan filem Iron Man 2 yang ditayang di dalam bas untuk menghilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan. 10.32 pagi kami tiba di Ulu Bendul. Aktiviti peserta dimulakan dengan mendirikan khemah masing-masing. Kemudian Cikgu Zainal memberi sedikit taklimat, ketua komander, Falai membuat pembahagian kumpulan, dan setiap kumpulan terus membuat ice-braking. Kemudian, Abu menghiburkan peserta dengan sedikit permainan sebelum mereka dilepaskan untuk membuat LDK, makan tengah hari dan solat. Pada sebelah petang, setiap kumpulan membuat pembentangan tepukan, tema dan assigmnent yang telah diarahkan. Kemudian hujan turun sehinggalah ke malam. aktiviti kami terbatas. Selepas hujan reda, cikgu zainal memimpin untuk aktiviti Night Walk. kemudian peserta tidur.

Ahad, 13 Jun 2010 - Awal pagi lagi peserta telah dikejutkan dari tidur untuk solat Subuh. Kemudian Arep memimpin membuat senaman pagi dan sedikit permainan. Sebelum makan tengah hari, para seniors memimpin untuk mengajar dan menyanyikan lagu dan tepukan yang selalu dilakukan semasa perjumpaan K-Rek dan perkhemahan yang lain. Ini termasuklah tepukan yang dicipta oleh ahli K-Rek sendiri. Selepas solat zuhur dan makan tengah hari, tiba lah slot Cikgu Zainal untuk memberi sedikit motivasi dan beberapa task untuk diselesaikan. Pada sebelah petan pula, seniors memimpin peserta untuk aktiviti Latihan Komando. Peserta terpaksa menempuh beberapa cabaran untuk menguji mental dan fizikal masing-masing. Aktiviti diteruskan dengan River Tracking dan beberapa permainan diadakan di padang. Peserta nampak seronok dan bersemangat bermain permainan yang diadakan sambil hujan turun. Selepas solat isya', peserta berkumpul untuk LDK dan melakukan sedikit permainan dan tepukan sebelum pembentangan persembahan setiap kumpulan diadakan. Persembahan kurang memberansangkan dan harus diperbaiki tetapi ada juga kumpulan yang menarik. Tak lupa juga lawak spontan yang dilakonkan oleh para seniors. Sebelum tidur, Operasi Burung Hantu dijalankan.

Isnin, 14 Jun 2010 - Pada hari terakhir, Explorace diadakan selepas senamrobik dan sarapan. Semua peserta perlu melalui checkpoint-checkpoint disekitar kawasan perkhemahan yang dijaga oleh senior. Peserta perlu melakukan task sebelum dilepaskan untuk ke checkpoint seterusnya. Setelah Explorace selesai, peserta dilepaskan untuk mandi sungai dan makan tengah hari. Dan ada cerita tergempar yang semua oragn tidak tahu. Pada pagi hari, salah seoragn dari peserta perkhemahan telah terberak di dalam semak disebabkan sakit perut yang tidak boleh ditahan lagi kerana bilik air penuh digunakan. Kemudian, 'dia' telah kantoi dengan ranger yang memantau kawasan itu. 'Dia' diarah oleh ranger untuk bersihkan tempat kejadian tersebut. Lebih kurang pukul 2, khemah diturunkan, kawasan perkhemahan dibersihkan dan peserta berkumpul untuk upacara penutup. Seniors sangat bangga pada Zaharah dan Athirah kerana masih sanggup mengemas dan membersihkan tapak perkhemahan walaupun hujan. Sehinggakan khemah peserta lelaki pun mereka membantu untuk melipatkan ke dalam beg khemah. Mereka juga merupakan antara peserta yang bersungguh-sungguh melakukan tugas yang diberi. Azha dan Azmi memberi selimut tebal kepada Zaharah dan Athirah kerana mereka kesejukan terkena hujan. Kemudian upacara penutup dan permainan sebelum pulang. Bertolak pulang dari Ulu Bendul lebih kurang pada pukul 5 dan tiba di Shah Alam pada pukul 6.30 petang.

p/s: segala sarapan, makan tengah hari dan makan malam adalah dimasak oleh Cikgu Zainal, Azha dan Pika sendiri.






















No comments:

Post a Comment