Tuesday, November 22, 2011

Janda Baik Pahang 2011

Tempat : Janda Baik , Pahang
Tarikh : 18-20 November 2011
Guru Pengiring : Cikgu Zainal
Seniors :" Abang Fazdli , Kucai , Hilmi "
Form 4" Syed , Hilman "
Form 3" Firdaus , Aizat , Omar "
Jumaat 18/11 /2011

Berkumpul di hadapan SRAI 19 selepas solat jumaat pukul 2.30 petang. bilangan peserta seramai 32 orang. 22 lelaki 10 perempuan. Kami bertolak ke Janda Baik lebih kurang pukul 3.30 petang . Camping kali ini diiringi oleh cikgu dan abang2 senior kelab rekreasi smks19 :D. Perjalanan terhenti di sebuah stesyen minyak bagi semua peserta membeli dan membuang ape yang patut sebab sudah diberitahu tiada kedai runcit berdekatan dengan kawasan camping. Kami sampai kira-kira pukul 6. Selepas itu semua peserta diminta mencari rakan2 khemah masing2 dan dikehendaki memasang khemah, disinilah kita dapat melihat gelagat2 merekamemasang khemah dan ada yang pertama kali memasang khemah. Selepas itu kami peserta muslim solat asar dan di teruskan dengan solat maghrib manakala peserta bkn muslim menolong cikgu menyediakan juadah di dapur, Selepas itu pembahgian dalam kumpulan, kumpulan sebanyak 4 kumpulan dan dikehendaki membuat tepukan kumpulan dan trade mark kumpulan. Kemudian diteruskan dgn aktiviti night walk. Selepas itu tido :-).






Sabtu 19/11/2011

Pukul 6 pagi bangun solat subuh. Lebih kurang pukul 6.45 pagi kesemua peserta diminta berkumpul di tanah lapang. Cikgu Zainal mengetuai aktiviti senamrobik . kesemua peserta yang pada mula nya kelesuan dan keletihan kini kelihatan bersemangat melakukan aktiviti senamrobik. Seterusnya semua peserta dikehendaki berjogging di sekitar kawasan janda baik :) syokk keluar peluh dalam hutan dengan angin yang segar bugar. Selepas itu peserta dikehendaki bersarapan menu sarapan kami ialah nasi goreng cili api fuhhh mengancam dan roti french loaf alaa roti yg panjang and keras tu dicicah dgn mushroom soup. fuhhh hilang penat berjogging tadi. After that continue with LDK membincangkan apa yang ingin dilakukan pada malam kebudayaan nanti. Selepas itu makan tengah hari nasi dgn lauk ikan sardin kari + ikan masin. fuhhh terasa macam berada di kampung. Selepas itu solat zuhur and slot cikgu zainal slot Guruku Sayang namanya. lepas tu aktiviti tikar pecah dan tali gergasi di lakukan. pelbagai gelagat peserta dapat dilihat. bersungguh-sungguh mereka melakukan aktiviti di petang hari itu. Selepas itu aktiviti bunyi haiwan. ade bunyi keldai, ayam, itik. Selepas itu mereka diberi peluang oleh cikgu untuk mandi sungai. and solat asar :)








Selepas solat maghrib mereka diberi lagi masa untuk melakukan LDK bagi memperkemaskan persembahan mereka di malam kebudayaan nanti. Saat-saat yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Malam kebudayaan telah bermula . Persembahan yang melucukan persembahan ' BUS STOP LICIN ' . selepas semua peserta tamat membuat persembahan ditambah lagi dengan persembahan daripada AJK tingkatan 2 dan persembahan bonus last2 minit daripada senior . persembahan yang melucukan ala-ala budak2 cerita BOBOIBOY yang dianggotai oleh 3 boboiboy iaitu kuasa angin - kucai , kuasa tanah - hilmi , kuasa petir - fadzli , dan tok aba - syed . Malam kebudayaan telah pon tamat dan peserta diberi minum malam serta rehat seketika dan diminta berkumpul semula pada pukul 11.30 pm tetapi peserta semua berkumpul pukul 2 am . Mereka didenda kerana tidak mematuhi arahan yang diberikan. Seterusnya operasi Sayang Salmah dilakukan. Pukul 4 pagi operasi tamat dan peserta diminta untuk tido.





Ahad 20/11/2011


Pagi2 bangun untuk solat subuh pastu senamrobik dan sarapan pagi. Selepas itu, aktiviti explorace dilakukan dan selepas itu mandi sungai . yahoooo. huhuhu best giler la time tu . Pastu sume kene kemas barang sbb da nak balik da.. sedih tapi gembira plus puas :)



No comments:

Post a Comment