Tuesday, December 3, 2013

camping ulu bendul 2013

Tempat : Ulu Bendul Negeri Sembilan
Tarikh : 22-24 November 2013
Guru Pengiring : Cikgu Zainal
Senior : Azmie, Syafiq, Fared, Falai, Amirul, Hilmi, Azfar
Ajk : Im, Siam, Udin, Din, Kasyful, Arab


Barisan SENIOR


Barisan AJK

Jumaat 22 November

Berkumpul di hadapan Srai seksyen 19 selepas solat jumaat. Bas yang dinaiki kali ni sungguh memeranjatkan kami. Pertama kali dalam sejarah kelab rekreasi kami menaiki bus dua tingkat. Sesudah sampai di Ulu Bendul, peserta diminta meletakkan beg baju di bilik masing2 dan di bahagikan kepada 6 kumpulan dan diberi sedikit taklimat mengenai tugasan seterusnya. Kemudian peserta diberi makan mee goreng yang disediakan oleh cikgu Zainal. Malam aktiviti LDK dan Night Walk.


Sabtu 23 November

Pagi selepas solat subuh ada aktiviti senamrobik dan sarapan pagi. Roti cicah mushroom soup dgn agar2 batik. Perghhh sedapp. Selepas itu aktiviti PLKN dan Sukaneka. Setelah malam menjelma peserta mandi dan solat maghrib. Selesai solat peserta makan malam. Kali ni special skit makan spagheti smpi tak cukup dan cikgu ade buat nasi goreng bagi sape yg lapar lagi. Selepas itu solat isya' dan bermula lah Malam Kebudayaan. dan selepas itu peserta dikehendaki berehat dan berkumpul semula dlm masa yg telah ditetapkan utk aktiviti Bunyi Haiwan dan Operasi Burung Hantu ( OBH ) . Tidur.

Ahad 24 November

Selepas solat subuh seperti biasa aktiviti senamrobik diketuai oleh cikgu Zainal sendiri. Pagi tu cikgu masak bihun goreng smpi 2 bekas dan sebekas mee goreng. Fuhhhh sape yg kate x cukup tak taw la kan, hahaha. selepas selesai semua bermula lah aktiviti explorace. Peserta dikehendaki melepaskan diri didalam satu aktiviti tali gari tangan. Mana2 kumpulan yang berjaya menyelesaikan aktiviti itu dye boleh terus ke checkpoint yg seterusnya dahulu. Setelah tamat peserta dikehendaki membersihkan diri dan mengemas semua brg dan bilik. Peserta berkumpul diperkarangan untuk aktiviti Cikgu Ku Sayang dan sesi pemberian hadiah kepada pemenang. Lebih kurang pukul 4 bas smpi dan pulang.











No comments:

Post a Comment